Page 46 - SPANM Demo
P. 46
SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN D: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PUKAL
(3) Laporan Kedudukan Vot/ Dana;
2.2.3 Sekiranya berlaku kesilapan caj kod perakaunan, PTJ hendaklah menyediakan Baucar Jurnal dan membuat kemaskini akaun pukal.
2.2.4 Sebarang kesilapan bil/ invois, PTJ hendaklah merujuk terus kepada Agensi Pukal yang berkenaan untuk tindakan pelarasan atau bayaran balik. Contoh kesilapan urusniaga oleh Agensi Pukal adalah seperti berikut:
(1) Bekalan/ Perkhidmatan yang tidak dibekalkan;
(2) Akaun yang tidak wujud di PTJ berkenaan; dan
(3) Bil yang terlebih caj (overbilling).
2.2.5 PTJ hendaklah mengecap “TELAH BAYAR” pada bil/ invois yang telah dibayar untuk mengelakkan bayaran dua (2) kali.
Tanggungjawab Pejabat Perakaunan (AO)
2.3.1 AO membuat pembayaran kepada Agensi Pukal atas maklumat yang diberikan oleh Agensi Pukal berkenaan. Rujuk MPK-AP13.
2.3.2 AO bertanggungjawab menjana Laporan AP 505 – Laporan Maklumat Pembayaran Pukal;
2.3.3 Bil/ invois tahun semasa yang tidak dibayar dalam bulan berkenaan, dianggap sebagai tunggakan dan dimasukkan ke dalam bil/ invois bulan berikutnya untuk dibuat pembayaran oleh AO. Tunggakan bil/ invois tahun lepas perlu diselesaikan oleh PTJ melalui Arahan Pembayaran.
2.3.4 Bil/ invois bulan Disember dibayar oleh AO dalam tempoh Akaun Kena Bayar (AKB) tertakluk kepada arahan yang dikeluarkan oleh JANM dari masa ke semasa. Bil/ invois bulan tersebut yang tidak dijelaskan dalam tempoh AKB, dianggap sebagai tunggakan dan perlu dijelaskan oleh PTJ melalui Arahan Pembayaran dalam tahun berikutnya. Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan tidak berlaku bayaran dua (2) kali.
43