Page 55 - SPANM Demo
P. 55
1.3.7
1.3.8
SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN E: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PENDAHULUAN
WP 1.4 – kadar dan syarat tuntutan alaun, kemudahan dan bayaran kepada pegawai perkhidmatan awam kerana menjalankan tugas rasmi (Tidak termasuk tentera dan polis)
WP 1.10 Kadar dan syarat tuntutan alaun, kemudahan dan bayaran kepada pegawai perkhidmatan awam semasa berkursus kecuali kursus pra perkhidmatan
1.4 Pembayaran pendahuluan akan dilaksanakan oleh Bahagian Akaun Kementerian.
PELAKSANAAN
Pendahuluan Diri Bagi Bayaran Elaun Sewa Hotel Dan Elaun Makan
2.1.1 Pengenalan
(1) Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan PP WP 3.2 - Peraturan Dan Prosedur Pengurusan Pendahuluan Diri Bagi Bayaran Elaun Sewa Hotel, Elaun Makan dan Kelulusan Elaun Pakaian Panas dan pekeliling lain berkaitan yang sedang berkuat kuasa.
(2) Tujuan garis panduan ini adalah bagi menjelaskan Tatacara Pengurusan Bayaran Pendahuluan Diri bagi bayaran Elaun Sewa Hotel dan Elaun Makan semasa menjalankan tugas rasmi termasuk bagi menjalani kursus dan arahan penempatan kepada data pegawai yang telah dikemaskini di HCM.
2.1.2 Syarat-syarat permohonan Pendahuluan Diri
(1) (2)
(3)
Menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabat di dalam atau di luar negeri termasuk menjalani kursus dan arahan penempatan;
Had minimum permohonan Pendahuluan Diri adalah seperti berikut:
(i) RM500.00 bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional; dan
(ii) RM300.00 bagi Kumpulan Sokongan.
Jumlah Pendahuluan Diri yang dibenarkan adalah seperti berikut:
(i) Mengikut jumlah kelayakan elaun makan dan bayaran sewa hotel untuk menjalankan tugas rasmi di dalam dan luar negeri; dan
52