Page 56 - SPANM Demo
P. 56
SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN E: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PENDAHULUAN
(ii) Perbelanjaan adalah bagi hari menjalankan tugas rasmi sahaja.
(4) Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum bertolak kepada Pegawai Pengawal dengan menggunakan Borang Permohonan Diri (Kew.325) – PP WP 3.2 Lampiran A sebanyak dua (2) salinan untuk tujuan berikut:
(i) Dikembarkan bersama Borang Bayaran Pendahuluan Diri/ Pelbagai/ Pinjaman Diraja (Kew. 324) Lampiran E1; dan
(ii) Disimpan dalam fail Kementerian/ Jabatan pemohon.
(5) Pegawai Pengawal boleh menetapkan kuasa dan tugas kepada pegawai kanan untuk meluluskan Pendahuluan Diri tersebut termasuk kepada Ketua Jabatan Persekutuan Sabah dan Sarawak serta Ketua Perwakilan di PTJ luar negeri untuk mengatasi masalah kelewatan mendapatkan Pendahuluan Diri bagi menjalankan tugas rasmi oleh pegawai-pegawai persekutuan di Sabah dan Sarawak serta pegawai di luar negeri. Pegawai Pengawal hendaklah memaklumkan kepada Perbendaharaan apabila penetapan kuasa dan tugas dibuat.
(6) Wang pendahuluan yang belum diselesaikan setelah pegawai tamat perkhidmatan, akan dipotong daripada ganjaran/ pencen pegawai;
Semua pendahuluan hendaklah diselesaikan sebelum penjawat awam bersara/ letak jawatan. Bagi kes bersara/ meninggal dunia, sekiranya pegawai masih mempunyai pendahuluan yang berbaki, ianya hendaklah diselesaikan dengan potongan daripada ganjaran/ pencen pegawai;
(7) Wang Pendahuluan Diri hendaklah dikembalikan serta merta sekiranya perjalanan ditangguh atau dipinda melebihi satu (1) bulan daripada tarikh asal;
(8) Pegawai Pengawal atau pegawai yang diberi kuasa tidak boleh meluluskan permohonan Pendahuluan Diri sekiranya terdapat Pendahuluan Diri sebelumnya yang belum diselesaikan; dan
(9) Bahagian Akaun Kementerian/ Jabatan berhak untuk tidak meluluskan sebarang bayaran permohonan Pendahuluan Diri baharu sekiranya terdapat Pendahuluan Diri terdahulu belum diselesaikan.
53