Page 60 - SPANM Demo
P. 60
SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN E: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PENDAHULUAN
(9) Bagi pegawai yang mengambil Pendahuluan Diri untuk bertukar, Pegawai Pengawal atau pegawai yang diberi kuasa di pejabat lama hendaklah memasukkan pendahuluan tersebut di dalam Sijil Gaji Akhir pegawai; dan
(10) Bahagian Akaun Kementerian/ Jabatan adalah bertanggungjawab untuk menyemak dan mengesahkan senarai dan baki subsidiari secara bulanan yang lengkap kepada Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi (BPOPA), JANM mengikut tarikh yang ditetapkan.
Pendahuluan Diri Di bawah AP 55, AP 59 dan AP 322 2.2.1 Pengenalan
(1)
Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan PP berikut:
i. PB 3.3 Garis Panduan Perbelanjaan Darurat (AP 55) dan Perolehan Darurat (AP 173.2);
ii. WP 10.2 Pengurusan Pembayaran Di Bawah Arahan Perbendaharaan 59; dan
iii. WP 10.3 Pengurusan Kehilangan Dan Hapuskira Wang Awam.
AP 55 – Perbelanjaan Darurat
i. Jika ternyata dalam keadaan yang luar biasa bagi kepentingan perkhidmatan awam bahawa perbelanjaan patut dilakukan dengan segera sedangkan tiada peruntukan bagi perbelanjaan tersebut dan masa tidak mengizinkan bagi mendapatkan kebenaran mengikut cara biasa, seseorang pegawai boleh atas tanggungjawabnya sendiri melakukan perbelanjaan itu;
ii. Permohonan Pendahuluan Diri hendaklah dibuat melalui Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan kepada Pejabat Belanjawan Negara, Perbendaharaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh Mesyuarat Rundingan Harga selesai bersama butiran terperinci kos Bekalan/ Perkhidmatan/ Kerja, yang telah dimuktamadkan melalui proses rundingan harga.
(2)
57