Page 61 - SPANM Demo
P. 61
(3)
SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN E: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PENDAHULUAN
AP 59 – Pembayaran Bagi Barang- barang Dan Perkhidmatan Yang Dibekalkan Dengan Suci Hati Tidak Boleh Ditahan
Pembayaran sesuatu bil yang dikemukakan dengan sempurnanya oleh seseorang bagi barang atau perkhidmatan yang dipesan dan dibekalkan dengan suci hati kepada Kerajaan tidak boleh ditahan oleh sebab apa-apa keraguan sama ada pertanggungan itu telah dilakukan dengan sepatutnya oleh pegawai Kerajaan yang bertanggungjawab tetapi menyalahi peraturan kewangan yang berkuat kuasa.
AP 322 - Pelarasan Kewangan Sementara Mengenai Kehilangan
i. Kehilangan Wang Awam boleh berlaku disebabkan perkara- perkara berikut:
a. Kehilangan akibat daripada kecurian atau penipuan atau penyelewengan dan kecuaian pegawai; dan
b. Kehilangan apabila berlaku lebihan pembayaran atau pembayaran tanpa kuasa (AP 327).
ii. Jika sesuatu kehilangan wang telah dipastikan dan pembayaran kepada pihak ketiga perlu dilakukan segera, Pegawai Pengawal atau Ketua Jabatan di mana kehilangan berlaku hendaklah memohon atas namanya suatu pendahuluan yang sama banyaknya daripada Kumpulan Wang Pendahuluan Diri (Pegawai Awam) bagi tujuan menggantikan wang yang hilang.
iii. Pendahuluan ini hendaklah diselaraskan setelah kelulusan hapus kira diperolehi dengan mendebitkan Peruntukan Maksud Perbelanjaan Kehilangan dan mengkreditkan ke Akaun Kumpulan Wang Pendahuluan Diri (Pegawai Awam).
(4)
2.2.2 Permohonan Pendahuluan Diri
Permohonan Pendahuluan Diri hendaklah dibuat berdasarkan:
(1) PB 3.3 Garis Panduan Perbelanjaan Darurat (AP 55) dan Perolehan Darurat (AP 173.2);
(2) WP 10.2 Pengurusan Pembayaran Di Bawah AP 59; dan
(3) WP10.3 Pengurusan Kehilangan Dan Hapuskira Wang Awam.
58