Page 63 - SPANM Demo
P. 63

SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN E: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PENDAHULUAN
c. Pesanan Kerajaan/ salinan kontrak (jika berkaitan);
d. Bil/ invois (jika berkaitan);
e. Pengesahan bekalan/ perkhidmatan atau kerja telah diterima dengan sempurna;
f. Laporan Akhir Mengenai Kehilangan Wang Awam; dan
g. Salinan Surat Kelulusan Pelarasan daripada Perbendaharaan.
(2) Pembayaran kepada kontraktor atau pembekal hendaklah dilakukan tidak lewat daripada 14 hari dari tarikh kelulusan Pendahuluan Diri diterima dengan mendebitkan Akaun Pendahuluan Diri. Sekiranya terdapat elemen Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) dalam kontrak tersebut, amaun yang dibayar kepada kontraktor perlu dikurangkan dengan amaun WJP berkenaan dan dikreditkan ke akaun WJP.
(3) Pelarasan Akaun Pendahuluan Diri hendaklah dilakukan dengan segera tidak lewat daripada 60 hari setelah mendapat kelulusan Perbendaharaan;
(4) Bagi Pendahuluan Diri di bawah AP 55 dan 59, sekiranya Perbendaharaan memutuskan tiada unsur-unsur kecuaian, maka keseluruhan Pendahuluan Diri yang telah diluluskan akan dilaraskan; dan
(5) Bagi Pendahuluan Diri di bawah AP 322, sekiranya Perbendaharaan memutuskan tiada unsur-unsur kecuaian ke atas kehilangan Wang Awam, Pelarasan Kumpulan Wang Pendahuluan Diri hendaklah disediakan dengan serta merta dalam tahun kewangan semasa menggunakan vot kehilangan 51201 Perbendaharaan dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh kelulusan hapus kira Perbendaharaan.
2.2.4 Bahagian Akaun Kementerian/Jabatan hendaklah merujuk MPK LMS- ELA 15 Pengeluaran Bayaran Pendahuluan Diri bagi urusan perbelanjaan berikut:
(1) Perbelanjaan Di Bawah AP 55 (A0461104);
(2) Perbelanjaan Di Bawah AP 59 (A0461105); dan
(3) Kehilangan Wang Awam AP 322 (A0461106)
60




















































































   61   62   63   64   65