Page 64 - SPANM Demo
P. 64

SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN E: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PENDAHULUAN
2.2.5 Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan hendaklah menyelenggara Buku Daftar AP 59 yang mengandungi maklumat berikut:
(1) Rujukan Fail Kementerian/ Jabatan;
(2) Jumlah Pendahuluan Diri dan tarikh diluluskan;
(3) Nombor Rujukan Kelulusan Perbendaharaan;
(4) Nama Pegawai yang diluluskan Pendahuluan Diri;
(5) Tarikh pembayaran kepada pembekal/ kontraktor;
(6) Tarikh Penubuhan Jawatankuasa Siasatan;
(7) Tarikh Laporan Siasatan dikemukakan kepada Perbendaharaan;
(8) Tarikh Kelulusan Pelarasan pendahuluan;
(9) Tarikh dan nombor Baucar Jurnal pelarasan; dan
(10) Status tindakan surcaj/ tatatertib.
2.2.6 Buku daftar AP 59 tersebut hendaklah diperiksa setiap bulan dan ditandatangani oleh Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan atau pegawai yang diberi kuasa.
2.3 Pendahuluan Diri Bagi Bayaran Terlebih Emolumen [AP 327(b)]
2.3.1 Garis panduan ini juga boleh terpakai jika ada keperluan semasa pelaksanaan PP berikut :
(1) WP 10.2 Pengurusan Pembayaran Di Bawah AP 59; dan
(2) WP 10.3 Pengurusan Kehilangan Dan Hapuskira Wang Awam.
2.3.2 Garis panduan ini adalah terpakai jika berlaku lebihan bayaran gaji dan elaun yang disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
(1) Berkursus;
(2) Cuti tanpa gaji;
(3) Cuti separuh gaji;
(4) Meletak jawatan;
61












































































   62   63   64   65   66