Page 96 - SPANM Demo
P. 96
SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN F: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN PINDAHAN DANA ELEKTRONIK (EFT) DITOLAK/ CEK TERBATAL
3.1.2 Cek Lebih Tiga (3) Bulan Kurang Enam (6) Tahun Tanggungjawab Pejabat Perakaunan (AO)
(1) Semak Penyata Bank di Portal Bank.
(2) Semak Penyata Bank di iGFMAS dengan menggunakan kod transaksi (T- code) ZUCM302.
(3) Sekiranya semua maklumat pada penyata bank telah disemak dengan betul dan tepat, laksanakan larian SM35 untuk menyediakan Penyata Penyesuaian Bank.
(4) Laksanakan larian kod transaksi (T-code) ZIAP060 untuk mengakaunkan Cek Terbatal lebih tiga (3) bulan ke Akaun Deposit Cek Terbatal (L1121101).
Tanggungjawab PTJ
Semak Laporan Senarai Cek/ EFT Dibatalkan. Kenal pasti tindakan yang perlu diambil dalam tempoh tujuh (7) hari daripada pembatalan cek. Tindakan penggantian atau pelarasan akan dibuat setelah dokumen lengkap diterima:
(1) Penggantian Cek; atau
i. Lengkapkan Borang Penggantian/ Pelarasan Cek Terbatal/ EFT Ditolak dengan maklumat penerima bayaran yang tepat beserta dokumen sokongan yang lengkap.
ii. Sediakan Arahan Pembayaran. Rujuk MPK AP 17: Proses Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan Bagi Pembatalan Dan Penggantian Cek Batal.
(2) Pelarasan
i. Lengkapkan Borang Penggantian/ Pelarasan Cek Terbatal/ EFT Ditolak dengan maklumat penerima bayaran yang tepat beserta dokumen sokongan yang lengkap.
ii. Sediakan Baucar Jurnal (KJ – Jurnal Biasa Pelarasan) untuk melaraskan transaksi ke Vot/ Hasil/ Amanah.
93