Page 4 - Amalan Terbaik Program Kesihatan Awam Negeri Melaka
P. 4

TAJUK: Pusat Rawatan Ketagihan Sehenti (One Stop Centre for Addiction, OSCA)

               LOKASI: Klinik Kesihatan Masjid Tanah, Melaka


               RINGKASAN EKSEKUTIF:

               Pusat rawatan ketagihan sehenti (One Stop Centre for Addiction, OSCA) diilhamkan
               ekoran pemerhatian penggunaan  subtan yang meningkat di kalangan masyarakat.

               Substan boleh dikategori kepada yang tidak menyalahi undang-undang seperti rokok

               dan  alkohol  dan  yang  menyalahi  undang-undang  seperti  heroin,  ganja  dan
               amphetamine types stimulants, ATS (syabu, ice, pil kuda dsb). Bahan nikotin dalam

               rokok mendatangkan ketagihan yang juga merupakan pintu masuk untuk ketagihan
               substan yang lain. Penggunaan alkohol di kalangan masyarakat turut menunjukkan

               pelbagai  padah.  Ubat  metadon  telah  berjaya  memberi  kestabilan  kepada  pesakit
               ketagihan  heroin.  Namun,  tren  penggunaan  substan  lain  seperti  ATS  semakin

               meningkat  dan  turut  perlu  ditangani.  Pendekatan  hukuman  tangkapan  dan

               kemasukan  ke  pusat  pemulihan  secara  paksaan  bukanlah  satu-satunya  jalan
               penyelesaian.  Perkhidmatan  sukarela  dalam  komuniti  rawatan  ketagihan  substan

               yang  diperkenalkan  oleh  Kementerian  Kesihatan  Malaysia  (KKM)  seperti  rokok,
               alkohol, heroin jelas membuktikan mendapat sambutan masyarakat.


               Justeru  OSCA  ditubuhkan  untuk  memenuhi  keperluan  pesakit  yang  mengalami

               masalah  ketagihan.  Rawatan  ketagihan  disepadukan  dan  dirancang  secara

               menyeluruh untuk memudahkan pengurusan pesakit oleh pasukan khas yang telah
               dilatih. OSCA juga menawarkan khidmat rawatan ketagihan tingkahlaku. Kekangan

               diatasi melalui strategi saringan & intervensi yang diiktiraf badan dunia, penyediaan

               dan penggunaan bahan-bahan pendidikan khas, kajian perubatan berdasarkan bukti,
               kolaborasi dengan pelbagai agensi, memperkasa masyarakat dan pelbagai inovasi.

               Hasil intervensi telah menunjukkan perubahan  positif  yang  sungguh  berkesan dan
               memberangsangkan.


               Setelah  dua  tahun  perlaksanaan,  perkhidmatan  OSCA  Klinik  Kesihatan  Masjid

               Tanah  telah menarik minat  KKM  untuk  dikembangkan.  Sehingga  kini,  OSCA  telah

               diperluaskan  di  6  buah  negeri.  Tiga  buah  negeri  lagi  sedang  dalam  perancangan
               untuk  latihan  dan  penyediaan  prasarana.  Perkhidmatan  OSCA  dilihat  oleh  KKM

               boleh  dikekalkan  dan  dikembangkan  ke  setiap  daerah  di  setiap  negeri
               memandangkan         keperluan    yang     tinggi   apatah    lagi   dalam     momentum
   1   2   3   4   5   6   7   8   9