Page 7 - Amalan Terbaik Program Kesihatan Awam Negeri Melaka
P. 7

TAJUK  PROJEK : Projek Komprehensive Pencegahan HIV Melalui Transmisi Seksual

               (Projek Kamelia)
               LOKASI :  Klinik Kesihatan Jalan Gereja, Melaka

               PENGENALAN / LATAR BELAKANG:
               Semenjak  kes  pertama  dikesan  di  Melaka  pada  tahun  1989  sehingga    tahun  2019,

               kumulatif pesakit HIV yang telah dikesan di Melaka  adalah seramai 4144. Manakala
               bilangan kes semasa bagi tahun  2019 adalah sebanyak  274 , dimana 155 ( 56.5%)

               individu  dikesan diperingkat jangkitan  HIV (asymptomatic) , 71 (25.9%)  di tahap AIDS

               (advanced) dan 48 (17.5%) telah meninggal dunia. Majoriti kes HIV dikesan dikalangan
               golongan  berisiko  tinggi  (Key  Population)  seperti  men-sex-men  (homoseksual,

               biseksual),  penagih  dadah  suntikan  (PWID)  dan  pasangan  kepada  pesakit  HIV.  Key

               Population (KP) adalah golongan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti HIV
               dimana  cabaran  utama  dalam  melaksanakan  program  pencegahan  dan  rawatan

               terhadap KP adalah sifat mereka tidak mahu dikenali, enggan datang ke fasiliti kesihatan
               dan  mempunyai  stigma  diri  yang  sangat  tinggi.  Sejajar  dengan  Pelan  Strategik

               Kebangsaan Mengakhiri AIDS 2016-2030 dan bagi membolehkan program pencegahan
               dan  rawatan  sampai  kepada  KP.  Pihak  Jabatan  Kesihatan  Negeri  Melaka  melalui

               Pejabat  Kesihatan  Daerah  dan  klinik  kesihatan  telah  mengadakan    kolaborasi  pintar

               dengan beberapa individu, MSM dan TG bagi melaksanakan Projek ini.


               METHODOLOGI:
               Objektif projek ini adalah untuk meningkatkan liputan saringan dan rawatan HIV/STI &

               Hep C di kalangan Key population di daerah Melaka Tengah.
               Projek ini telah dimulakan pada tahun 2018 di Klinik Kesihatan Jalan Gereja, Daerah

               Melaka  Tengah.    Skop  perkhidmatan    adalah  ‘MESRA  Key  Population’    dengan

               menyediakan  petugas di kalangan KP yang membantu mengesan klien KP lain secara
               aktif untuk  saringan HIV/ STI & Hep C. Bagi kes yang disahkan positif, kes akan dirawat

               dan diberikan kaunseling.

               Projek  ini  menggunakan  peruntukan  jabatan  sedia  ada  disamping  Geran  Bantuan
               Kewangan Program HIV/AIDS di Bawah KKM sebanyak RM 97, 200.00 setahun.







                                                                                                                    1
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12