Page 10 - Amalan Terbaik Program Kesihatan Awam Negeri Melaka
P. 10

TAJUK PROJEK: Amalan Terbaik Perkhidmatan Mesra Remaja

               LOKASI: Klinik Kesihatan Ayer Keroh, Klinik Kesihatan Umbai dan Klinik Kesihatan
               Masjid Tanah.

               PENGENALAN / LATAR BELAKANG

               Zaman remaja adalah waktu yang aktif untuk pertumbuhan dan pembentukan fizikal,
               seksual,  sosial  dan  emosi.  Perubahan  dari  alam  kanak-kanak  ke  dewasa,  dari
               kebergantungan kepada kebebasan diri, perubahan ketara fizikal, emosi, mental dan
               sosial, mencari identiti, sifat mencuba dan eksperimen perkara berisiko akan berlaku
               di alam remaja. Oleh yang demikian,remaja terdedah kepada pelbagai masalah sosial,
               seksual dan tekanan emosi seterusnya risiko peningkatan kematian pramatang.


               Kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia telah menunjukkan
               remaja juga mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Kajian Global School Health
               Survey  (2017),  mendapati  masalah  lebih  berat  badan  adalah  15.2%  dan  obesiti
               13.3% , tingkahlaku berisiko merokok 13.8% (Melaka 8.8%), alkohol 10.2% (Melaka
               6.7%)  dan  dadah  3.4%  (Melaka  0.7%).  Dari  segi  kesihatan  mental  pula,  didapati
               10.0%  pernah  memikirkan  untuk  membunuh  diri  (Melaka  6.4%)  dan    6.7%    telah
               melakukan percubaan membunuh diri. Berkaitan kesihatan seksual reproduktif pula
               didapati 7.3% telah melakukan seks (Melaka 5.0%).

               Perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh kerajaan mungkin tidak diterima atau
               tidak  mesra  bagi  persepsi  remaja.  Faktor  kesediaan,  kebolehcapaian,  penerimaan
               dan kesaksamaan (availability, accessibility, acceptability and equality) adalah antara
               halangan-halangan  dihadapi  oleh  remaja  untuk  mendapatkan  perkhidmatan
               kesihatan.  Peningkatan  kesedaran  untuk  mengatasi  faktor  halangan  adalah  amat
               penting  bagi  memudahkan  remaja  mendapatkan  perkhidmatan  yang  mereka
               perlukan. Oleh itu perkhidmatan kesihatan untuk remaja perlulah lebih komprehensif,
               mesra, efektif, efisien dan berkualiti.

               METHODOLOGI

               Objektif projek ini adalah memperkukuhkan Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja.
               Projek  ini  telah  bermula  pada  tahun  2019  di  klinik  kesihatan  terpilih  iaitu  Klinik
               Kesihatan Ayer Keroh, Klinik Kesihatan Umbai dan Klinik Kesihatan Masjid Tanah.
               Kumpulan sasar adalah remaja berumur diantara 10 -19 tahun. Klinik kesihatan terpilih
               perlu menyediakan perkhidmatan yang mesra remaja selari dengan kriteria WHO dan
               SOP  yang  disediakan  KKM.  Skop  aktiviti  adalah  promosi,  pendidikan  kesihatan,
               pencegahan,  rawatan,  intervensi  dan  rehabilitasi  serta  aktiviti  yang  dijalankan
               bersama komuniti dan agensi yang berkaitan.  Projek ini menggunakan peruntukan
               sedia ada di JKN dan PKD.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15