Page 15 - Amalan Terbaik Program Kesihatan Awam Negeri Melaka
P. 15
TAJUK PROJEK: Amalan Terbaik Penggunaan Sistem e-Penguatkuasaan APSPP
1975
LOKASI: Pejabat Kesihatan Daerah Jasin
RINGKASAN EKSEKUTIF:
Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 adalah Akta yang
digubal untuk mengawal perebakan penyakit yang disebabkan oleh serangga
pembawa penyakit. Seksyen 13(1) APSPP memperuntukan berkaitan kesalahan
kerana telah menyebabkan berlakunya pembiakan serangga pembawa penyakit
seperti pembiakan jentik-jentik (Aedes). Manakala Seksyen 25 APSPP 1975 pula
berkaitan peruntukan untuk mengkompaun kesalahan bagi kesalahan-kesalahan
yang boleh dikompaun di bawah Akta yang sama.
Terdapat tren peningkatan jumlah kertas siasatan pada setiap tahun yang
menyebabkan beban tugas anggota di Unit Vektor dan di Unit Inspektorat &
Perundangan (UIP) di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) meningkat saban tahun.
Sepanjang tempoh tahun 2016 hingga 2019 sejumlah 6363 kertas siasatan telah
dibuka dan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya (TPR) untuk mendapatkan izin
kompaun. Jadual 1 berikut menunjukkan jumlah kes siasatan yang dirujuk ke TPR
mengikut tahun.
KES
TAHUN SIASATAN
DIRUJUK TPR
2016 1389
2017 1442
2018 1598
2019 1934
JUMLAH 6363
Jadual 1: Jumlah kes siasatan yang dirujuk ke TPR mengikut tahun.
Walau bagaimanapun, jumlah anggota yang menjalankan tugas tersebut kekal
dengan jumlah bilangan yang sama. Justeru, ia memerlukan inovasi dan pendekatan
terbaik bagi membantu menyelesaikan isu kertas siasatan yang tertunggak (belum
diambil tindakan) selain untuk mengimbangi dan menyelesaikan tugas hakiki yang
sediada. UIP di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) telah membangunkan
sistem e-Penguatkuasaan APSPP yang bertujuan untuk membantu mempercepatkan
penyediaan kertas siasatan oleh anggota di PKD.