Page 18 - Amalan Terbaik Program Kesihatan Awam Negeri Melaka
P. 18
TAJUK PROJEK: Amalan Terbaik Pengurusan Program I Fit Eat Right (IFitER)
LOKASI: Wellness Hub Masjid Tanah
RINGKASAN EKSEKUTIF:
Program I Fit Eat Right (IFitER) merupakan intervensi pengurusan berat badan yang
komprehensif, intensif dan terancang bagi meningkatkan tahap pengetahuan serta
kemahiran dalam kalangan peserta dan seterusnya dapat mengurangkan berat
badan. Program IFitER ini dijalankan di WH Masjid Tanah bermula Januari 2019
dengan mensasarkan komuniti setempat yang mempunyai masalah berat badan
berlebihan atau obes.
Tujuan utama IFitER adalah untuk mengurangkan risiko penyakit NCD dalam
kalangan peserta dengan menurunkan sekurang-kurangnya 10% berat badan asal.
Program ini merupakan satu program intervensi selama 6 bulan menggunakan
elemen aktiviti fizikal, pemakanan sihat dan modifikasi tingkah laku. Seramai 17
peserta dalam kalangan komuniti telah mengambil bahagian dalam intervensi sesi
2/2019 ini. Hasil intervensi menunjukkan 100% peserta telah berjaya mencapai
objektif yang disasarkan dari aspek komposisi badan, ujian kecergasan dan faktor
risiko kardiovaskular.
Asasnya program ini menggunakan modul Ifiter yang dibangunkan oleh KKM. Dengan
penekanan modifikasi tingkahlaku yang diterapkan dalam Intervensi di WH Masjid
Tanah ini menunjukkan hasil yang sangat positif. Gerak kerja ini boleh direplikasi di
mana-mana tempat jika mempunyai tenaga kerja yang terlatih dan peralatan yang
mencukupi. Komitmen anggota pelaksana dan peserta IFitER merupakan faktor
utama kelestarian intervensi IFitER di WH Masjid Tanah.
Keseluruhannya, program IFitER WH Masjid Tanah berjaya mencapai objektif dengan
komitmen anggota pelaksana dan sokongan stakeholder yang tinggi.