Page 21 - Amalan Terbaik Program Kesihatan Awam Negeri Melaka
P. 21

iv)  Verifikasi data dilakukan bagi penyediaan Laporan Amalan Penyusuan Susu Ibu
               di  Kalangan  Bayi  Berumur  6  Bulan  Untuk  Bulan  Mac/Jun/September  (Reten  PSI
               201B).

               Melalui perkhidmatan ini juga, tahap pengetahuan anggota kesihatan dalam aspek
               pemakanan bayi telah berjaya ditingkatkan. Manakala pengetahuan dan kemahiran
               ibu  dalam penyusuan susu  ibu  juga  telah  bertambah  baik.  Pencapaian  ini  terbukti
               semasa Penilaian Klinik Rakan Bayi dijalankan di klinik kesihatan yang melaksanakan
               perkhidmatan ini.

               Pelaksanaan Amalan Terbaik Perkhidmatan Klinik Rakan Bayi menggunakan bajet
               dari peruntukan sedia ada dengan kos yang paling minima untuk percetakan bahan
               pendidikan, penyediaan ruangan penyusuan susu ibu dan latihan modal insan.  Selain
               daripada itu, perkhidmatan ini juga menggunakan sumber manusia seperti Pegawai
               Sains Pemakanan dan anggota kejururawatan sedia ada di daerah masing-masing.

               Amalan Terbaik Perkhidmatan Klinik Rakan Bayi yang dijalankan di negeri Melaka
               terbukti  dapat  meningkatkan  status  penyusuan  susu  ibu  secara  eksklusif  dalam
               kalangan  bayi  berumur  enam  bulan  di  negeri  Melaka.  Pelaksanaan  Perkhidmatan
               Klinik Rakan Bayi ini telah berjaya meningkatkan kadar penyusuan susu ibu daripada
               45.3% pada tahun 2018 kepada 48.9% pada tahun 2019. Sehingga akhir tahun 2019,
               sebanyak 6 buah klinik kesihatan dan 13 buah Klinik Desa di bawah kawasan operasi
               klinik  masing-masing  telah  berjaya  mendapat  pengiktirafan  Perkhidmatan  Klinik
               Rakan Bayi di negeri Melaka.  Oleh itu ia berpotensi untuk di perluaskan ke seluruh
               Klinik  Kesihatan  dan  Klinik  Desa  di  seluruh  negeri  Melaka  melalui  penggunaan
               sumber sedia ada.
   16   17   18   19   20   21   22   23