Page 16 - Amalan Terbaik Program Kesihatan Awam Negeri Melaka
P. 16
Penyediaan kertas siasatan adalah menggunakan sistem e-Penguatkuasaan APSPP
yang dibangunkan menggunakan aplikasi microsoft excell. Kumpulan sasaran yang
terlibat dalam pemakaian sistem ini adalah di kalangan anggota Pembantu Kesihatan
Awam, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pegawai Kesihatan
Persekitaran yang bertugas di PKD dan JKNM. Skop aktiviti adalah berfokus kepada
penyediaan kertas siasatan bagi setiap notis kesalahan (Perakuan Pungutan Jentik-
Jentik yang didapati positif Aedes) yang dikeluarkan semasa menjalankan aktiviti
Pemusnahan Tempat Pembiakan (PTP) di lapangan.
Antara kelebihan dan faedah yang diperolehi melalui penggunaan sistem ini adalah
penjimatan masa dalam penyediaan kertas sasatan. Kertas siasatan (asas) dapat
disediakan dalam tempoh 15 minit berbanding sebelum ini sehingga 1 jam bagi setiap
kertas siasatan. Selain itu, sistem ini membantu menyeragamkan format dokumen-
dokumen di dalam kertas siasatan di antara semua PKD. Ini memudahkan urusan
semakan dokumen oleh peringkat berikutnya.
Pelaksanaan telah mula dijalankan di PKD Jasin. Pemantauan pencapaian akan
dilaksanakan dengan membuat perbandingan antara PKD Jasin berbanding PKD lain
dari segi jumlah penyediaan kertas siasatan berbanding kesalahan yang dikesan dan
tempoh masa yang diperlukan untuk menyediakan kertas siasatan. Sistem ini boleh
direplikasi di semua daerah dan semua negeri untuk membantu meningkatkan
produktiviti anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).