Page 13 - Amalan Terbaik Program Kesihatan Awam Negeri Melaka
P. 13

TAJUK PROJEK: Amalan Terbaik Pusat Pengurusan Diabetik Klinik Kesihatan


               LOKASI: Klinik Kesihatan Durian Tunggal

               RINGKASAN EKSEKUTIF:


               Pengurusan  Diabetes  Mellitus  merupakan  komponen  yang  penting  dalam
               memastikan perawatan Diabetes Mellitus dapat dilaksanakan pada tahap optimum.

               Penubuhan pasukan dan semangat berpasukan Diabetes yang khusus, terlatih dan

               tetap  merupakan faktor penting  dalam  memastikan  aktiviti  -aktiviti yang  digariskan
               tercapai.


               Aktiviti ‘ Multidisiplinary Group Counselling ‘ dan lawatan ke rumah pasukan Diabetes
               merupakan  innovasi  yang  dilaksanakan  secara  berkala  bermula  2017  dan  2018

               sehingga semasa telah membantu dalam perawatan pesakit Diabetes Mellitus tanpa

               mengira usia dengan keizinan pesakit dan penjaga.

               Aktiviti  -aktiviti  berikut  telah  berjaya  mengenalpasti  pemasaalahan  pesakit  dan

               tindakan  pembetulan  dapat  dilaksanakan  secara  spontan  atau  melalui  perawatan
               perawat hasil dari pelapuran. Aktiviti juga berjaya mencetuskan innovasi dari unit yang

               berkaitan.

               Amalan ini juga boleh dilaksanakan dan direplikasikan oleh setiap klinik  kesihatan

               yang  mempunyai  perawat  asas  seperti  pegawai  perubatan,  pegawai  farmasi  dan

               paramedik  .Kelestarian  dapat  diteruskan  dengan  adanya    perician  tugasan  setiap
               anggota pasukan Diabetes sebagaimana digariskan dalam laporan. Dari segi aspek

               sumber manusia, latihan dan peruntukan menggunakan peruntukan yang sedia ada,
               kecuali di dalam situasi-situasi yang terpencil: contoh, pembelian fundus camera yang

               terkini dan kos penyelenggaraan


               Aktiviti lawatan rumah berpotensi melaksanakan hasrat Ketua Pengarah Kesihatan
               (KPK) dalam membentuk perkhidmatan berbentuk ‘uberisasi’ di masa hadapan.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18