Page 41 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 41
membuka hati kita untuk bertanyakan soalan ini sejujurnya...
Kita mahu anak untuk apa?
Kita mahu jodoh untuk apa?
Mahu pasangan yang baik untuk apa?
Kita mahu rumah, kereta dan material untuk apa?
Kita mahu jawatan dan penghargaan yang banyak untuk apa?
Bukankah untuk merasakan ketenangan?
Bukankah untuk merasakan kedamaian?
Namun seberapa sering dalam mengejar semua impian-impian
ini, kita menjadi semakin jauh dari ketenangan dan kedamaian?
Namun seberapa sering dalam mengejar cita-cita ini, kita sema-
kin jauh dari kasih sayang dan semakin sukar untuk bersyukur?
∞ ∞ ∞
24