Page 42 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 42
Sahabat,
Saya pernah berjaya berada di tempat yang tinggi, bercakap di
hadapan ribuan orang, mendapat pendapatan 30 kali ganda
pendapatan ketika itu dan saya juga pernah kehilangannya dalam
sekelip mata. Dalam kejatuhan yang amat teruk saya meraba mencari
dahan untuk bangun kembali, kesana kemari mencari arah tujuan.
Kedamaian dan ketenangan seakan tidak menjelma.
Akhirnya saya menyedari yang saya cari selama ini hanyalah
ciptaan-ciptaanNya. Dan ketika saya mengejar ciptaan-ciptaanNya,
kedamaian dan ketenangan itu semakin jauh dari diri saya.
Kerana kedamaian dan ketenangan sejati adalah ketika saya
mengizinkan diri saya untuk diam dan menyedari kasih sayang-Nya
dan kedamaian-Nya yang sentiasa ada di saat ini. Di mana-mana. Di
sebalik tubuh badan ini.
25