Page 48 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 48
Jika kau ambil Ya Allah. Jika kau ambil telingaku ini, sunyilah Ya Allah
hidupku. Terima kasih atas nikmat pendengaran ini, Ya Allah.”
Sekarang, perlahan-lahan fokuskan kiran dan perasaan anda kepada
kedua tangan anda. Sila lihat tangan anda. Sentuh tangan kiri dan
tangan kanan anda. Sentuh perlahan-lahan.
Lihat tangan anda. Sentuh kulit tangan anda. Gerak-gerakkan jari
anda. Dan ucapkan..
“Terima kasih Ya Allah, dengan tangan inilah aku menyentuh orang
yang aku sayang. Dengan tangan inilah aku memeluk anakku Ya
Allah.
Dengan tangan inilah aku menyentuh rambut anakku. Dengan
tangan inilah aku memujuk anakku. Dengan tangan inilah aku
menguatkan orang yang aku sayang, Ya Allah. Tangan inilah yang
berbakti kepada mereka, Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, atas kedua
tangan ini. Jika kedua tangan ini tiada Ya Allah, jika kedua tangan ini
kau ambil, bagaimanakah Ya Allah? bagaimanakah aku akan
membahagiakan keluargaku, Ya Allah? Pasti aku menyusahkan
mereka, Ya Allah.
31