Page 49 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 49

Terima kasih  Ya Allah.  Terima kasih tanganku...berpuluh tahun

         berbakti kepadaku... Mungkin kau tidak sekuat dulu lagi namun it’s


         okay. Kau sudah banyak berjasa kepadaku, terima kasih.”





         Perlahan-lahan fokuskan  kiran dan perasaan anda kepada kaki anda.

         Sentuh kaki anda daripada peha anda. Sentuh lutut anda dan

         ucapkan.. “Terima kasih Ya Allah atas kaki ini.  Terima kasih kakiku,


         kerana tegak berdiri.





         Terima kasih kerana kuat membawaku kesana-kemari. Terima kasih

         kerana  terus  bangkit  walaupun  aku  sedang  kecewa.  Terima  kasih

         kerana terus berjalan walaupun aku takut. Terima kasih kakiku kerana


         melangkah menuju ke cita-citaku.




         Berpuluh           tahun         kuat       menemaniku,               berbakti         kepadaku,


         kesana-kemari. Dengan kaki inilah aku pergi ke tempat-tempat yang

         aku ingin pergi.





         Terima kasih Ya Allah atas kasih sayangMu…”





                                                        ∞ ∞ ∞






















                                                           32
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54