Page 65 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 65

Terima kasih Ya Allah atas rumah kesayanganku yang pernah Kau

         hadirkan buatku dahulu, walaupun rumah itu hanya sebentar sahaja


         menjadi milikku tetapi aku syukuri kerana aku pernah merasa

         bahagia dan aman di dalam rumah tersebut bersama keluargaku.





         Kini rumah itu bukan lagi milikku namun aku syukuri kerana dengan

         tiada rumah yang semewah itu aku belajar untuk melatih diriku


         menjadi peribadi yang rendah hati dan sentiasa cukup dengan apa

         yang ada.





         Akhirnya aku menyedari bahawa kebahagiaan bukan ketika aku

         mendapatkan rumah yang mewah, tetapi ketika hatiku mewah


         dengan kesyukuran dan kasih sayang.




         Terima kasih Ya Allah atas pengkhianatan kawanku pada bisnesku


         sehingga aku kerugian yang teruk. Namun kusyukuri persahabatan

         kami yang sebentar, tidak kuna kan dia banyak membantuku ketika

         kami masih bersama dahulu. Namun mungkin kerana aku kurang


         sensitif dengan kemahuannya, dia mengkhianatiku, aku maafkan kau

         kawan.


























                                                           48
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70