Page 67 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 67

Terima kasih atas pengkhianatan ini, dengannya aku belajar untuk

         berhenti dan merenung tujuan hidupku yang berterusan mengejar


         kemewahan dan kejayaan peribadi. Dengan pengkhianatan ini aku

         mengenal diri dan menjadi aku hari ini. Dengan pengkhianatan inilah


         akhirnya aku menjumpai panggilan jiwaku iaitu membantu merawat

         hati ramai orang melalui ehati.





         Terima kasih kawan, kerana menjadi guru disiplin yang mengajarku

         untuk lebih sedar diri dan bijaksana dalam menjalani hidup ini.





         Terima kasih  Ya Allah. Semua kesusahan, kehilangan bukanlah

         musibah, tetapi berkah spiritual yang Kau buka untukku. Ini semua


         adalah proses yang menghaluskan peribadiku untuk menjadi

         semakin rendah  hati dan lebih  memberi manfaat pada semua

         makhluk ciptaanMu.





         Terima kasih Ya Allah atas kehilangan ini.





                                                        ∞ ∞ ∞





























                                                           50
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72