Page 80 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 80
∞ ∞ ∞
Sahabat,
Hari ini sudah 6 hari kita bersama, sebagaimana yang sahabat lihat
terlalu banyak perkongsian kebahagiaan dan kesedaran yang kita
dapatkan sepanjang menjalani latihan mensyukuri ini. Ini adalah
bukti bahawa orang yang bahagia adalah orang yang sentiasa
bersyukur dengan apa yang ada.
Dan disebalik rasa syukur yang hadir ada kesedaran yang sangat
mendalam akan kasih sayangNya yang sangat hebat buat kita. Terima
kasih Ya Allah kami syukuri nikmat kasih sayangMu ini.
∞ ∞ ∞
Sahabat,
Bagaimanakah cara terbaik untuk mensyukuri nikmat Allah?
Cara terbaik mensyukuri nikmat Allah ialah dengan berterima kasih
pada makhluk yang ditugaskan untuk melayani kita dan membantu
kita.
63