Page 138 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 138
interaksi antara kehidupan dan aktiviti sendiri, pemikiran dan tindakan, perwakilan
dan kognisi serta kebolehan dan pemahaman. Bahan inovasi ini yang dihasilkan ini
sesuai diaplikasikan dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan murid
prasekolah bagi menarik minat murid-murid untuk belajar di prasekolah.
Penggunaan Tangga Pintar ini sangat sesuai dan berkesan serta memberi impak
kepada pembelajaran Matematik Awal terutamanya bagi meningkatkan kefahaman
murid prasekolah dalam konsep nombor dan meningkatkan kefahaman murid
prasekolah dalam operasi nombor.Robert M. Gagne (1970) menyatakan bahawa
pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju kepada yang rumit.
Feldman (1991) menyatakan kanak-kanak belajar secara semula jadi. Mereka ingin
tahu, berminat, bersemangat dan memberi perhatian bagi mempelajari perkara-
perkara baharu. Cara yang terbaik mengajar kanak-kanak adalah melalui bermain
dengan dengan menggunakan bahan inovasi ini iaitu Tangga Pintar. Justeru,
bahan inovasi ini Tangga Pintar dihasilkan bagi meningkatkan penguasaan
kemahiran numerasi dalam kalangan murid prasekolah sehingga membolehkan
mereka cukup bersedia untuk memasuki tahun satu di sekolah rendah.
Kata Kunci : Matematik awal, Teori Gagne, Belajar melalui bermain, Tangga Pintar
KA62
KEYPAD DOOR LOCK
MUHAMMAD FAUZAN BIN SHAMSUDDIN
Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang
Jalan Gangsa, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang, Johor
jfauzan77@gmail.com
Keypad Sistem" adalah ringkasan bagi (Access Control System). Ianya
adalah sebuah pad kekunci yang di inovasi khas untuk menjaga keselamatan
kemudahan atau harta benda dan mendapatkan maklumat mengenai faedahnya
dalam tetapan komesial dan kediaman. Antara ciri-ciri yang ada pada
"Keypad System" ialah ianya digunakan untuk menjejaki salinan dan
alat ganti, atau menukar kata laluan ketika kunci dicuri atau tersasar. Di samping
itu, alat ini juga boleh bertahan lama daripada kunci konvensional. Manakala ciri
yang terakhir yang ada pada "Keypad System" ialah menggunakan pad
kekunci mekanikal dan bateri tersedia yang tidak memerlukan sambungan ke
sumber kuasa. Inilah adalah keistimewaan tambahan yang terdapat pada & quot;
Keypad System",semoga dengan adanya alat ini dapat memudahkan para
pengguna dari segi masa,kewangan dan tenaga dalam membuat beberapa perkara
dalam masa yang sama.
KA63
FINGERPRINT DOOR LOCK
AKMAD AMRIE
Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang Johor,
Jalan Gangsa, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang, Johor
kalinguganakmadamrie@gmail.com
134