Page 141 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 141
JKR 2350 (P), Jalan Zaharah, 83000 Batu Pahat, Johor.
1 2
nilamsyahrina@gmail.com, lan181180@gmail.com
Dialog Prestasi (DP) merupakan satu alat kolaboratif dalam Profesional Learning
Communities (PLC) digunakan sebagai salah satu platform untuk forum atau
perbincangan berfokus bagi menyemak prestasi dan isu-isu berkaitan data dan
fakta serta diakhiri dengan penyelesaian masalah, langkah-langkah yang konkrit
dan tindakan susulan yang proaktif. Rentetan daripada itu, Pegawai SISC+ PPD
Batu Pahat telah mengambil inisiatif untuk menjadikan satu lagi cabang inovasi
berkaitan DP tetapi berfokus kepada guru yang dibimbing dalam kalangan MLT
(Middle Leader Team) iaitu Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) dan Ketua Panitia
(KP). Inovasi ini dikenali sebagai Dialog Prestasi Panitia (DPP). Objektifnya ialah
bagi mengenalpasti isu dan masalah di dalam bidang atau panitia mata pelajaran di
sekolah dan seterusnya mencari intervensi yang bersesuaian. Satu bentuk
pelaporan diperkenalkan yang mengandungi isu, masalah, punca masalah,
intervensi dan strategi PDCA dengan merujuk kepada data Headcount dan Analisis
Item. Pelaporan ini dikenali sebagai Pelaporan One Page Report (OPR)
mengandungi maklumat yang sistematik dan berfokus. Data tentang Bimbingan
Dialog Prestasi Panitia kepada MLT telah dikumpul melalui maklum balas di
Google Form. DPP telah memberikan impak yang sangat baik pada keputusan
SPM yang mana Daerah Batu Pahat kekal teratas iaitu di tempat pertama selama
tiga tahun berturut-turut. Jumlah sekolah yang layak mendapat sijil (LMS) turut
menunjukkan peningkatan. Kualiti guru dapat dilihat melalui peningkatan skor Std4
SKPMg2. DPP ini telah berjaya disebar luas melalui perkongsian amalan baik di
peringkat daerah dan juga negeri.
Kata kunci: Dialog Prestasi Panitia (DPP), Professional Learning Communities
(PLC), One Page
KA67
INOVASI BAHAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAGI KURSUS
DBM 20083: DISCRETE MATHEMATICS (ONLINE GAME: XD’ MATHS)
1
NOOR IZNA SYAZWANA BINTI MOHAMAD YUSOP , NORHAFIZAH BINTI
2,
ARSHAD NORSHAFIZA BINTI MOHAMAD KHAIRUDDIN 3
Politeknik Sultan Idris
Jabatan Matematik, Sains & Komputer, 45100 Sg. Air Tawar, Selangor
3
2
1 iznayusop@psis.edu.my, hafizah_arshad@psis.edu.my, shafiza@psis.edu.my
Kajian inovasi ini dirangka khas sebagai salah satu usaha bagi mempelbagaikan
kaedah pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian (PdPDT) bagi kursus
Discrete Mathematics. Antara masalah yang dapat dilihat semasa pembelajaran
dan pengajaran secara dalam talian (PdPDT), adalah kesukaran untuk menarik
minat dan mengekalkan tumpuan pelajar sepanjang tempoh pembelajaran
disebabkan kursus ini berasaskan penggunaan ayat berbanding matematik biasa
yang menekankan konsep nombor dan operasi matematik. Inovasi ini dicipta
daripada idea asal permainan silangkata yang diberi nafas baru dan dinamakan
XD’Maths yang menawarkan pelaksanaan tutorial secara permainan interaktif yang
meliputi soalan-soalan dalam topik Discrete Mathematics. Pembangunan bahan
bantu mengajar XD’Maths adalah bertujuan untuk mempelbagaikan sumber bahan
bantu mengajar yang berinteraktif bagi kursus Discrete Mathematics (DBM 20083)
137