Page 8 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH BANDAR BARU PUTERA
P. 8

6                    Bekerja dengan azam dan mengabdikan diri kepada Allah
                ETIKA KERJA          Bekerja dengan Ikhlas dan Amanah
                ISLAM                Bekerja dengan Tekun dan Cekap
                                     Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran
                                     Bekerja dengan Matlamat Kebahagiaan Manusia sejagat


                7                    Setiap individu mempunyai peranan PEMIMPIN , PEMIMPIN yang menunjukkan
                KEPIMPINAN           teladan,  Berhemah  tinggi  akan  disegani  oleh  orang  bawahan  dan  atasan  dia
                MELALUI              adalah  PEMIMPIN  yang  disanjungi  KEPIMPINAN  MELALUI  TELADAN  BAHAWA
                TELADAN              KAMI , anggota Kerajaan Malaysia Menyedari tanggungjawab kepada Negara ,
                                     Bangsa dan Agama Menjunjung cita-cita Rukunegara Berpegang teguh kepada
                                     Teras  Perkhidmatan  Cemerlang  BERIKRAR  AKAN  menghayati  nilai-nilai  murni
                                     kepimpinan mengamalkan perilaku mulia kepimpinan menyemarakkan contoh-
                                     contoh unggul kepimpinan yang BERSIH , CEKAP , AMANAH Bagi meninggikan
                                     hasil kerja Demi kesejahteraan dan keteguhan rakyat serta kedaulatan Negara


                8
                SLOGAN                       BERGERAK MENUJU WAWASAN
                SEKOLAH


                9
                SLOGAN JPN                                 “PERAK EXCELLENT”
                PERAK


                10                   TANGGUNGJAWAB   :
                ETIKA                Menjalankan tugas dengan Bersih , Cekap dan Amanah dengan penuh minat ,
                KEPIMPINAN           disiplin dan dedikasi Sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan Negara
                                     dan  tidak  mementingkan  diri  sendiri  Sentiasa  berusaha  meninggikan  imej
                                     perkhidmatan  diri  sendiri  Sentiasa  memelihara  maruah  NegaraMembuat
                                     pertimbangan yang teliti dan adil sebelum membuat keputusan danTegas dalam
                                     melaksanakannya

                                     SIKAP  :
                                     Sensitif  terhadap  persekitaran  kerja  dan  alam  sekeliling  dan  berusaha
                                     menyesuaikan  diri  dengan  persekitaran  Sentiasa  bersikap  positif  dan
                                     bertanggungjawab,  Mempunyai  fikiran  terbuka  dan  sedia  menerima  teguran
                                     dari  semua  pihak  untuk  faedah  organisasi  dan  Negara,  Mengambil  berat
                                     tentang masalah yang dihadapi oleh rakan sejawat baik pihak atasan mahupun
                                     akan sejawat  di bawahnya.

                                     PERAWAKAN DAN PERIBADI:
                                     Mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekerti dan berperawakan yang baik,
                                     Sentiasa  bersabar  dan  tenang  dalam  menghadapi  masalah  dan  cabaran,
                                     Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan Menjaga hubungan baik setiap
                                     golongan masyarakat.


                                                                                                 VII | P a g e
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13