Page 2 - TAKWIM UBK 2018 - Copy
P. 2

TAKWIM UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING (UBK)
                                                                                                                                       TAHUN 2018
                                                                                                                      SMK SEKSYEN 5, WANGSA MAJU, KL


                                   SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 5 WANGSA  MAJU, KUALA LUMPUR

                                                                RANCANGAN TAHUNAN 2018

                                                         UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING (UBK)
                                                 SMK SEKSYEN 5, WANGSA MAJU, 53300 KUALA LUMPUR

               1.0     PENDAHULUAN
                       Perancangan program Bimbingan dan Kaunseling (B&K) ini disusun dengan mencakupi empat fokus utama perkhidmatan

                       yang  diberikan  dari  semasa  ke  semasa  kepada  warga  sekolah.  Bidang-bidang  tersebut  ialah  Pembangunan  dan
                       Perkembangan  Sahsiah  Diri  Murid,  Peningkatan  disiplin  Diri  Murid,  Pengurusan  Kerjaya  Murid,  dan  Psikososial  dan
                       Kesejahteraan Mental Murid. Keutamaan yang diletakkan terhadap  fokus-fokus  ini mampu memberi peluang kepada warga

                       sekolah  terutamanya  para  pelajar  untuk  mendapatkan  perkhidmatan  tersebut  secara  terancang  dan  sistematik  demi
                       memantapkan potensi diri agar menjadi individu yang stabil dalam setiap aspek kehidupan mereka disamping menempah

                       kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi.

               2.0     FALSAFAH
                       Bahawasanya  setiap  murid  mempunyai  potensi  yang  boleh  digembelingkan  secara  optimum  menerusi  pengurusan

                       menyeluruh  Perkhidmatan  Bimbingan  dan  Kaunseling  yang  cekap,  berkesan  dan  beretika  dengan  berteraskan  sumber
                       dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman
                       dan beramal soleh.


               3.0     TUJUAN

                       Perkhidmatan  Bimbingan  dan  Kaunseling  bertujuan  supaya  Guru  BK  menfokuskan  perkhidmatannya  kepada  usaha
                       Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid di sekolah.





                                                                                                                 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING (UBK)
                                                                                                                      SMK SEKSYEN 5, WANGSA MAJU, KL
   1   2   3   4   5   6   7