Page 3 - TAKWIM UBK 2018 - Copy
P. 3

TAKWIM UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING (UBK)
                                                                                                                                       TAHUN 2018
                                                                                                                      SMK SEKSYEN 5, WANGSA MAJU, KL
               4.0     RASIONAL

                            Usaha-usaha  pencegahan  peringkat  awal  persekolahan  dapat  membantu  mengatasi  gejala-gejala  di  peringkat
                              remaja. Oleh itu mengenal pasti masalah di peringkat awal dan mencegahnya begitu perlu daripada berlarutan hingga
                              ke sekolah menengah.

                            Kepentingan  sekolah-sekolah  rendah  sebagai  asas  pembentukan  masa  depan  murid  dari  segi  pembangunan  dan
                              perkembangan  sahsiah  murid,  peningkatan  disiplin  murid,  pendidikan  kerjaya  murid  serta  psikososial  dan
                              kesejahteraan mental murid
                            Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dapat memberi ruang kepada murid untuk mengenali dan membangunkan
                              diri sendiri
                            Cabaran masa kini memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti, sistematik dan berkesan.

               5.0     OBJEKTIF
                            Guru Bimbingan dan Kaunseling menghayati bahawa memenangi  jiwa murid merupakan teras perkhidmatan B&K di
                              sekolah
                            Perkhidmatan  Bimbingan  dan  Kaunseling  sebagai  perkhidmatan  yang  selesa  dan  kondusif  kepada  murid  dalam
                              menyuarakan isi hati dan permasalahan mereka seterusnya dapat membuat keputusan yang wajar dan betul.
                            Guru  Bimbingan dan Kaunseling boleh mendahului (win over) jangkaan tindakan-tindakan yang di luar norma sosial
                              dalam kalangan murid-muridnya.
                            Murid meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai dengan minat dan personaliti mereka.

               6.0     FOKUS PERKHIDMATAN
                            Fokus 1: Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid
                            Fokus 2: Peningkatan Disiplin Diri Murid
                            Fokus 3: Pengurusan Kerjaya Murid
                            Fokus 4: Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid








                                                                                                                 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING (UBK)
                                                                                                                      SMK SEKSYEN 5, WANGSA MAJU, KL
   1   2   3   4   5   6   7   8