Page 3 - Buku Aturcara KAPAS 2020 2nd ed
P. 3
Seuntai Kata
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Ta’ala kerana dengan limpah rahmat,
kurnia dan izin-Nya kita dapat bersama-sama menjayakan Karnival Permainan Antara Staf
(KAPAS) 2020 di IPG Kampus Pendidikan Islam. Syukur kerana kita masih diberikan kesihatan
dan kesejahteraan untuk melaksanakan menjalankan aktiviti sukan yang dipertandingkan dalam
karnival ini.
Tahniah kepada IPG KPI kerana menggalas tanggungjawab menjadi tuan rumah bagi Karnival
Permainan Antara Staf (KAPAS) bagi tahun 2020 ini yang bertema Silaturrahim Melalui Sukan.
Saya juga ingin merakamkan sekalung penghargaan dan tahniah atas usaha yang dicurahkan oleh
semua pihak bagi menjayakan KAPAS kali ini. Semestinya penganjuran kejohanan ini menuntut
komitmen tinggi bagi memastikan kelancaran sepanjang karnival ini.
Pegawai dan atlet dari 27 kontinjen IPGK, ELTC dan IPGM yang bersaing dalam 11 acara sukan
KAPAS seperti Boling, Petanque, Memanah, Frisbee, Bola Jaring, Bola Tampar, Futsal, Memanc-
ing, Golf, Road Relay dan Badminton.
Karnival seperti ini merupakan wadah untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan pensyarah
dan staf IPG. Pendedahan seperti ini perlu dilaksanakan berterusan supaya impaknya nanti dikecapi
dan seterusnya dapat meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan serta melahirkan warga yang
berpotensi dan hebat.
Program yang dianjurkan bukan sahaja menguji kekuatan mental dan fizikal, malah dapat memupuk
sifat kerjasama, selari dan berjalan seiring dengan usaha kita memartabatkan IPG sebagai sebuah
Institusi Pendidikan yang memperjuangkan pembangunan dan kesejahteraan pensyarah dan staf
secara menyeluruh.
Selaras dengan hasrat dan tujuan penganjuran KAPAS ini bagi mengeratkan silaturrahim sesama
warga IPG, diharap agar kita semua dapat menyokong program-program sukan yang dirancang
pada masa hadapan dan gunakanlah juga kesempatan ini untuk berkenal-kenalan dan mengeratkan
hubungan. Hal ini penting ke arah memastikan kerjasama sesama kita terus erat, kukuh dan
berpanjangan.
Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahhi taufik wal hidayah,wassallammu alaikum
warahmatullah.
DR. RUSMINI BINTI KU AHMAD 2