Page 4 - Buku Aturcara KAPAS 2020 2nd ed
P. 4

Seuntai Kata











                   Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


                   Saya  ingin  memanjatkan  kesyukuran  ke  hadrat  Allah.  S.W.T  kerana  dengan
                   limpah kurnia-Nya menjayakan Karnival Permainan Antara Staf (KAPAS) 2020
                   di IPG Kampus Pendidikan Islam dapat dilaksanakan. Saya ingin mengucapkan
                   tahniah  dan  syabas  kepada  warga  IPG  Kampus  Pendidikan  Islam  serta  pihak-
                   pihak  yang  telah  bertungkus-lumus  menggembleng  tenaga  dan  idea  dalam
                   menjayakan karnival ini. Ucapan penghargaan juga saya rakamkan kepada para
                   pensyarah  IPHKPI  yang  telah  memberi  sumbangan  wang  ringgit  bagi  tujuan
                   kelancaran karnival ini. Kejayaan dalam menjayakan karnival ini bermakna kita
                   mempunyai kekuatan yang jitu dalam melaksanakan sesuatu program.
                   Selain itu, melalui karnival ini diharapkan warga IPGM dapat mengamalkan gaya
                   hidup sihat dan dapat mengeratkan silaturrahim sesama warga IPG. Karnival ini
                   juga  diharapkan  dapat  menyeimbangkan  dari  aspek  kognitif  (intelek),  afektif
                   (emosi  dan  rohani),  psikomotor  (jasmani)  dan  sosial  selaras  dengan  kehendak
                   Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sesuai dengan fungsi IPG yang melatih bakal
                   guru.


                   Sekian, terima kasih.


                   DR. MOHAMAD HUSSIN BIN MOHAMAD YUSOF
                   PENGARAH





                                                                                    3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9