Page 6 - Buku LoILKKM
P. 6

PERUTUSAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA



                        Saya sungguh berbesar hati kerana diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata di dalam  buku LANDMARK OF ILKKM ini dan terima kasih

            diucapkan. Syabas dan tahniah saya rakamkan kepada Bahagian Pengurusan Latihan KKM kerana berjaya menerbitkan     sebuah karya bersejarah yang dapat
            merekodkan mercu tanda serta perkembangan latihan paramedik di Malaysia. Ucapan tahniah dan syabas kepada barisan urusetia yang telah berusaha gigih me-
            nyempurnakan buku yang sangat bermakna ini. Ia pasti menjadi detik kebanggaan kepada BPL dan Institut Latihan KKM kerana sejarah dapat dipamerkan untuk
            tatapan semua sebagai kenangan abadi.

                        Bersempena kehadiran tahun 2020, saya mengucapkan selamat menyambut 100 tahun
            dalam  Latihan  Paramadik  Malaysia  kepada  seluruh  warga  ILKKM  yang  telah  menabur  bakti  dan
            taat  setia  kepada  KKM.  Sekalung  tahniah  dan  ucapan  terima  kasih  yang  tidak  terhingga  kepada

            semua  anggota  kesihatan  yang  telah  menunjukkan  komitmen  yang  sangat  tinggi  dalam
            melaksanakan tugas murni.

                        Pelbagai bentuk latihan telah diperkenalkan dan dilaksanakan sejak awal tahun 1920.
            Pada  peringkat  awal  pembabitan,  latihan  paramedik  dilaksanakan  secara  ‘on-the-job  training’.
            Sepanjang 100 tahun ini, perkembangan dan perubahan kepada infrastruktur latihan berlaku dengan
            pesat selaras dengan perubahan serta perkembangan era dan teknologi.

                        ILKKM kini merupakan salah satu pusat pendidikan dan latihan bidang kesihatan yang

            utama kepada pelajar lepasan sekolah menengah dan juga anggota KKM, di mana ILKKM mena-
            warkan 13 program latihan basik dan 37 latihan program  diploma lanjutan dan pengkhususan.

                        Saya  yakin dengan kesungguhan BPL akan menjadikan ILKKM sebagai institut yang
            cemerlang dalam melestarikan usaha pembangunan modal insan KKM dengan melahirkan Anggota
            Sains  Kesihatan  yang kompeten dan mampu memberi impak  yang lebih dinamik ke arah pening-
            katan kesedaran dan tahap kesihatan masyarakat. Dengan usaha ini pastinya dapat memacu kepada
            perkembangan dan pembangunan negara.

                            (tandatangan)
            YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad

             Menteri Kesihatan Malaysia
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11