Page 7 - Buku LoILKKM
P. 7

SEKAPUR SIREH KETUA SETIAUSAHA, KKM



                       Pertama sekali saya igin mengucapkan tahniah dan syabas kepada bahagian pengurusan latihan, di atas inisiatif yang diambil bagi menerbit-

            kan buku “landmarks of ILKKM’ sempena sambutan 100 tahun paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia. Buku ini memberi ruang kepada kita untuk
            mengenali latarbelakang sejarah dan transformasi perubahan perkembangan latihan di Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah  memberi sumbangan
            kepada Negara kita.

                       Penerbitan  buku  ini  adalah  signifikan  sebagai  satu  usaha  bagi  informasi masyarakat  tentang  transformasi  perjalanan  latihan  ILKKM  yang
            menuju kearah latihan kesihatan yang lebih efisen dan berdaya saing untuk menyediakan pelajar-pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kompitent

            dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. Oleh sebab itu, mendokumenkan institusi latihan di bawah kementerian kesihatan Malay-
            sia (KKM) adalah satu usaha yang amat bermakna dan besar faedahnya.

                       Secara keseluruhannya tahap kesihatan rakyat di Negara ini telah meningkat dari semasa ke semasa dan pada masa yang sama menaiktaraf
            infrastrukur, pengajaran dan pembelajaran sedia ada serta insiatif bagi pembinaan kemudahan baru dalam meningkatkan taraf kualiti latihan. Buku ini
                                                            mefokuskan  kepada  peranan  yang diminkan  oleh  kementerian  kesihatan  Malaysia  (KKM)  melalui
                                                            institusi  latihannya  sejak  sepuluh  dekad  yang  lalu  hinggalah  ke  hari  ini    memastikan  anggotanya
                                                            berkemahiran dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti.

                                                                       Akhir  kata,  saya  ingin  ucapkan  syabas  dan  tahniah  kepada  semua  pihak  yang  terlibat

                                                            secara  langsung  dan  tidak  langsung  bagi  menerbitkan  buku  ini.  Diharap  buku  ini  dapat  memberi
                                                            manfat dan menjadi sumber rujukan kepada semua lapisan masyarakat.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12