Page 42 - Taufan Al Aqsa
P. 42

Kerajaan Malaysia



            Alhamdulillah, kami memuji dan menyokong penuh sikap
            kerajaan Malaysia sejak dahulu hingga kini yang sentiasa
            bersama dengan rakyat Palestin dan pemimpin mereka.
            Pemimpin utama negara dan juga pemimpin yang lain
            bahkan rakyat jelata memberi sokongan penuh kepada
            Palestin dan pasukan Hamas yang ingin membela bumi
            suci al-Quds dan Masjid al-Aqsa.


            Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
            Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa
            masyarakat  antarabangsa dan  kuasa besar dunia wajib
            memikul tanggung jawab menghentikan pertempuran di
            bumi Palestin dengan serta-merta.


            Kerajaan Malaysia  juga melalui suatu kenyataan yang
            dibuat oleh  Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid
            Hamidi menyatakan pendirian Malaysia menggesa
            Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
            (UNSC) agar mengambil tindakan segera untuk meminta
            semua pihak menghentikan segala tindakan keganasan
            dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini.

            Kaukus Palestin Parlimen Malaysia menyeru media
            tempatan untuk tidak terikut membawa naratif berat
            sebelah media barat dan media luar dalam melaporkan







                                          40
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47