Page 37 - Taufan Al Aqsa
P. 37
Bangsa Israel
Bangsa Israel menganggap bahawa mereka adalah ‘The
Chosen People of God’ iaitu bangsa agung yang dipilih
oleh Tuhan di atas muka bumi ini. Namun, sikap biadab
yang dilakukan oleh mereka sehingga hari ini jauh
menggambarkan sikap bertuhan.
Kisah kebiadaban mereka dan dakwaan mereka telah
dirakamkan dalam al-Quran. Benar sekali Allah lebihkan
mereka dari yang lain, tetapi akhirnya mereka berada
pada kedudukan yang paling hina. Firman Allah SWT:
ﱾﱽﱼﱻﱺﱹﱸﱷﱶﱵﱴﭐ
Maksudnya: “Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah
kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu, dan Aku
telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas
umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya).”
(Surah al-Baqarah: 122)
Ibn Kathir berkata: Allah SWT menyebut kepada mereka
tentang pemberian nikmat-Nya terhadap nenek moyang
dan leluhur mereka, kelebihan mereka dengan mengutus
para rasul dari kalangan mereka, menurunkan kitab-kitab
kepada mereka, serta keistimewaan mereka mengatasi
35