Page 34 - Taufan Al Aqsa
P. 34

Membina Naratif




             Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang.
             Naratif kuasa besar Barat dan sekutunya, termasuk media
             mereka adalah hipokrit, taksub dan amat ekstrem. Mereka
             tidak henti-henti mencanang ke seluruh dunia meletakkan
             umat Palestin sebagai pengganas dan menjadi pencetus
             kepada konflik ini.

             Naratif palsu ini menjalar di kalangan komuniti Barat
             dan tidak terkecuali segelintir yang berada di Malaysia
             termakan dakyah jahat ini. Perasaan takut kepada Islam
             atau islamophobia disemai dengan baik oleh media Barat
             dengan mengatakan serangan yang dilakukan oleh
             Hamas ke atas Israel adalah serangan yang dilakukan oleh
             pengganas.


             Tetapi kuasa Barat dan sekutunya berterusan berbohong
             dengan naratif kononnya pertembungan ini adalah
             perbuatan yang dilaku pengganas, dengan mengabaikan
             fakta bahawa serangan ini dibuat oleh satu bangsa yang
             kebebasan mereka dicabuli dan hak ke atas tanah milik
             mereka dirampas secara paksa.

             Mereka menolak pandangan bahawa serangan ini dibuat
             oleh pejuang kemerdekaan yang melawan ketidak-adilan
             rejim  apartheid  yang terlibat dalam pembunuhan besar-
             besaran ke atas rakyat Palestin.





                                          32
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39