Page 32 - Taufan Al Aqsa
P. 32
mereka. Begitu juga segala sesuatu akan menjadi musuh
kepada mereka sehinggakan batu pun akan mendedahkan
kedudukan mereka.
Para ulama’ selama lebih daripada 13 kurun telah mengkaji
hadis-hadis ini dalam kitab al-Fitan wa al-Malahim dan juga
di dalam bab asyrat al-sa‘ah (tanda-tanda hari Kiamat) yang
terdapat di dalam kitab-kitab hadith. Ia bukanlah satu
perkara khayalan yang jauh untuk diketahui sebab dan
waqi’nya. Yahudi sepanjang tempoh masa yang panjang
ini begitu hina, berselerak di muka bumi sehinggakan
perkara ini (seperti yang disebutkan di dalam hadith-
hadith tersebut) mula jelas kelihatan pada pertengahan
kurun Masihi kini. Lantas mereka (Yahudi) mula berfikir
untuk mendirikan sebuah negara Yahudi lalu terbentuklah
negara haram Israel dan juga peristiwa demi peristiwa.
Penyudah kepada peristiwa-peristiwa yang disebutkan
akan benar-benar berlaku sebagaimana telah berlaku
perkara-perkara yang telah disebutkan. (Lihat al-Muslimun
wa Qadiyyah Filistin, hlm. 206)
Kami katakan, perlawanan antara kebenaran dan
kebatilan akan berlangsung di sepanjang zaman. Bahkan,
Rasulullah SAW telah menyebut bahawa akan sentiasa
wujud golongan yang menegakkan agama-Nya. Abu
Umamah al-Bahili RA meriwayatkan bahawa Rasulullah
SAW bersabda:
30