Page 36 - Taufan Al Aqsa
P. 36

Tuduhan




            Pucuk dicita, ulam mendatang. Hal ini yang ditunggu-
            tunggu oleh Amerika Syarikat yang merupakan sekutu
            sekian lama Israel untuk menghalalkan bantuan yang akan
            dihantar secara berskala besar kepada Israel atas alasan
            serangan balas.

            Hal ini dapat dilihat apabila Setiausaha Pertahanan
            Amerika Syarikat (AS) Lloyd Austin pada Ahad berkata
            Pentagon menghantar kapal perang dan jet pejuang ke
            Mediterranean Timur sebagai tanda sokongan kepada
            Israel di tengah-tengah peningkatan konflik antara tentera
            Israel dan Hamas, lapor Xinhua.


            Apa yang berlaku mutakhir ini, ramai pemberita termasuk
            rakyat bahkan ahli parlimen di Barat tidak bersama
            dengan kerajaan mereka yang menyokong penuh Israel.
            Sebaliknya, mereka menentang melalui demonstrasi
            besar-besaran bahkan di stadium bola sepak termasuk
            juga melalui medsos. Meireka semua telah memahami
            situasi sebenar betapa rejim zionis Israel melampau
            dan bertindak zalim termasuk rakyat biasa Palestin dan
            terbaru hospital Ahli Arab.












                                          34
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41