Page 39 - Taufan Al Aqsa
P. 39

Syeikh ‘Abd al-Rahman bin Nasir al-Sa’di berkata: Ini
            merupakan khabar daripada Allah bahawa kaum Yahudi
            itu diliputi oleh kehinaan sehingga mereka sentiasa
            takut di mana pun mereka berada. Tidak ada yang dapat
            menenangkan mereka kecuali perjanjian damai dan suatu
            sebab yang boleh menjadikan mereka tenang, iaitu tunduk
            di bawah hukum-hukum Islam dan mereka membayar
            jizyah.


            Hukuman pelbagai yang menimpa mereka disebabkan
            kederhakaan dan melampaui batas. Allah tidak menzalimi
            mereka dan menyeksa mereka tanpa adanya dosa. Akan
            tetapi, yang Allah timpakan atas mereka disebabkan
            oleh sikap melampaui batas, permusuhan, kekufuran,
            pendustaan dan kejahatan mereka yang besar itu. (Lihat
            Taisir al-Karim al-Rahman, 1/332)




























                                          37
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44