Page 29 - Taufan Al Aqsa
P. 29
pohon itu: “Wahai Muslim, wahai hamba Allah, Yahudi ada
di belakangku. Datanglah dan bunuhlah dia.” Kecuali pohon
Gharqad , kerana ia daripada pohon orang Yahudi.”
1
Riwayat Muslim (2922)
Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan bahawa makna
pembunuhan Yahudi ini berlaku ketika keluarnya Dajjal
dan turunnya Nabi ‘Isa AS sebagaimana yang disebutkan
secara jelas dalam hadith Umamah ketika meriwayatkan
kisah keluarnya Dajjal dan turunnya Nabi ‘Isa AS. Selain
itu, hadith (Abu Hurairah) di atas menunjukkan bahawa
di antara tanda lain Kiamat ialah segala benda yang tidak
bernyawa mampu berkata-kata dan Islam akan terus
tertegak sehingga ke hari Kiamat. (Lihat Fath al-Bari,
6/610)
Pendapat ini turut disokong oleh Imam Ibn al-Mulaqqin
bahawa peristiwa pembunuhan Yahudi akan berlaku ketika
Nabi ‘Isa turun dan orang Islam akan bersama Baginda.
1 Pohon Gharqad ialah sejenis pohon yang berduri dan ia terkenal di Bait
al-Maqdis (Lihat al-Minhaj, 18/45). Gharqad (Lycium) merupakan satu
genus pokok yang mengandungi kira-kira 90 spesies yang tumbuh di zon
beriklim sederhana dan subtropika. Selain itu pokok ini juga banyak dita-
nam di Israel. Secara jelas, tidak diketahui secara pasti bila kaum Zionis-Is-
rael menanam Tanah Palestin dengan pohon Gharqad. Melalui maklumat
dari laman web Jewish National Fund (www.jnf.org), di bahagian JNF Store
(Tress for Israel Certificate), disebutkan bahawa di Tanah Palestin telah
ditanam sebanyak 220 juta batang pohon Gharqad.
27