Page 25 - Taufan Al Aqsa
P. 25

kitab-Nya. Ini merupakan suatu janji yang pasti akan
            berlaku In sha Allah.

            Allah SWT juga menjelaskan bahawa jika kaum Bani Israel
            melakukan kebaikan, maka manfaat kebaikan itu akan
            kembali kepada diri mereka sendiri. Allah SWT sedikitpun
            tidak mendapat apa-apa manfaat daripadanya. Sebaliknya
            jika mereka melakukan kejahatan atau keburukan, maka
            yang akan mendapat kemudaratannya adalah diri mereka
            sendiri juga. Allah SWT sedikitpun tidak mendapat
            sebarang kemudaratan daripadanya. Dia adalah Tuhan
            yang Maha Kaya, sedikitpun tidak berhajat kepada para
            hamba-Nya. Dia tidak mendapat manfaat daripada amal
            ketaatan dan tidak mendapat mudarat daripada perbuatan
            maksiat para hamba-Nya. Apabila tiba waktu kedua yang
            dijanjikan iaitu waktu kamu melakukan kerosakan pada
            kali kedua di atas muka bumi ini dengan membunuh Nabi
            Yahya AS dan pencerobohan kamu terhadap larangan
            Allah SWT, maka sekali lagi Allah SWT mengutuskan
            musuh kamu untuk mengalahkan kamu buat kali kedua.
            Allah SWT mengutuskan mereka agar kamu menjadi hina
            lalu tanda  dan kesan kehinaan serta kekalahan itu jelas
            kelihatan pada wajah kamu. Allah SWT juga mengutuskan
            mereka agar mereka memasuki Baitul Maqdis dan
            memusnahkannya sebagaimana mereka memasuki dan
            memusnahkannya dahulu pada kali pertama, lalu mereka
            melakukan kemusnahan terhadap apa sahaja yang mereka







                                          23
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30