Page 22 - Taufan Al Aqsa
P. 22
Inilah kerosakan pertama yang dimaksudkan dalam ayat
tersebut iaitu berlaku kepada Yahudi Bani al-Nadhir, Bani
Qainuqa’ dan Bani Quraizah, yang mana mereka telah
mengkhianati perjanjian Rasulullah SAW. Menguatkan
hujah ini, dalam ayat berikutnya dinyatakan “Maka
apabila tiba waktu pembalasan kezaliman yang pertama
daripada yang kedua, Kami datangkan hamba-hamba Kami
yang gagah perkasa dan ganas serangannya lalu mereka
menjelajah seluruh negeri kamu. Dan sesungguhnya peristiwa
itu merupakan satu janji yang pasti terjadi.”
Maksudnya ialah kerosakan pertama berlaku selepas
kedatangan Islam di mana mereka telah melakukan
pencabulan terhadap perjanjian yang telah diikat bersama
Rasulullah SAW. Maksud “Hamba-hamba Kami” ialah
Rasulullah SAW dan para sahabatnya iaitu ketika Baginda
dan para sahabatnya telah masuk ke penempatan mereka,
membunuh, menawan dan mengeluarkan mereka
daripada bumi Madinah. Makna “Yang gagah perkasa
dan ganas serangannya” ialah keadaan orang beriman
ketika itu di Madinah. Mereka menjadi satu kerajaan yang
kukuh dan kuat serta mampu menghadapi orang yang
mengkhianati perjanjian, tidak seperti keadaan mereka
yang lemah semasa di Makkah.
Perlu diingat bahawa berlaku perubahan keadaan.
Selepas Bani Israel kalah kepada orang beriman untuk
diberi pengajaran, keadaan ini tidak berterusan kerana
20