Page 23 - Taufan Al Aqsa
P. 23
orang Islam menjauhi manhaj Allah SWT yang mana
semasa mereka berpegang kepada manhaj, mereka
diangkat oleh Allah SWT dan kemenangan diberikan
kepada mereka dengan menguasai orang Yahudi.
Yahudi seakan sedar keadaan diri mereka selepas diberi
peringatan oleh Rasulullah SAW dan orang yang beriman
di Madinah. Mereka melihat keadaan diri mereka yang
melakukan banyak kesalahan. Dalam waktu yang sama
berlaku keadaan di mana orang Islam mula menjauhkan
diri daripada manhaj Allah, berpecah kepada kumpulan,
terbahagi kepada negara-negara di mana setiap negara
mempunyai pemerintah walaupun dalam kalangan orang
Islam namun telah terlucut gelaran hamba-hamba Allah
daripada mereka.
Selepas Yahudi memperoleh kekuatan dan istiqamah di
atas manhaj Allah, mereka berhak menjadi hamba Allah
di mana sebelumnya mereka lalai daripada manhaj-Nya.
Peristiwa kekalahan mereka kali pertama kepada umat
Islam pada zaman Nabi SAW dengan kekuatan yang
mereka perolehi adalah satu tempoh yang lama. Tidak
berlaku peperangan antara umat Islam dengan Bani Israel
beberapa kurun sejak zaman Nabi SAW sehinggalah
perjanjian Balfour, yang memberikan hak kepada Yahudi
untuk mendirikan kerajaan Israel di bumi Palestin.
Setelah itu Allah SWT menjelaskan bahawa Dia akan
mengembalikan kekuatan kepada kaum Bani Israel
terhadap musuh mereka setelah pengajaran besar
21