Page 19 - Taufan Al Aqsa
P. 19

seluruh manusia. Dengan sebab ini, tafsiran terbaik dua
             kerosakan yang disebut dalam ayat keempat ini adalah
             selepas kedatangan Islam.


             Sesungguhnya Bani Israel telah melakukan banyak
             kerosakan sebelum Islam dan mengikut ayat ini ia tidak
             dikira. Sebagai contoh, selepas mereka menyeberangi laut
             dan  melihat  sekumpulan  manusia  melakukan  pemujaan
             kepada anak lembu, mereka meminta kepada Nabi Musa
             untuk dijadikan bagi mereka Tuhan sebagaimana kumpulan
             yang menyembah anak lembu. Kerosakan yang lebih besar
             lagi ialah mereka membunuh para nabi sedangkan Allah
             SWT mengutuskan mereka sebagai contoh teladan yang
             membentuk keperibadian dan ikutan akhlak yang terbaik.
             Mereka juga melakukan penyelewengan terhadap kitab
             Allah.


             Bagi mereka yang mengkaji penyelewengan yang telah
             dilakukan oleh Bani Israel akan mendapati terlalu banyak
             penyelewengan yang telah mereka lakukan seperti buat-
             buat lupa manhaj Allah, menyembunyikan manhaj Allah
             atau mengubah manhaj yang Allah turunkan dengan
             tangan-tangan mereka sendiri, kemudian menyatakan ia
             adalah daripada Allah. Adakah terdapat kerosakan yang
             lebih besar daripada mengubah manhaj yang telah Allah
             turunkan?






                                          17
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24