Page 16 - Taufan Al Aqsa
P. 16

merupakan  satu janji yang  pasti terjadi. Kemudian  Kami
                kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan
                mereka sekiranya kamu bertaubat, dan Kami kurniakan
                kamu harta kekayaan, anak yang ramai dan Kami jadikan
                kamu lebih ramai bilangannya daripada musuh kamu. Jika
                kamu berbuat baik sesungguhnya kamu berbuat baik kepada
                diri sendiri dan jika kamu berbuat jahat maka akibatnya
                menimpa kamu juga. Oleh itu, apabila menjelang waktu
                hukuman pembalasan kezaliman yang kedua, Kami
                datangkan musuh untuk menghina kamu serta
                menceroboh Masjid Baitul Maqdis sebagaimana
                mereka mencerobohinya kali pertama dan mereka
                menghancurkan apa sahaja yang mereka kuasai.”


                                                         (Surah al-Isra’: 4-7)

             Dalam  Tafsir al-Bayan dinyatakan: Allah SWT menyebut
             tentang Bani Israel, yang mana Dia memberitahu mereka
             melalui kitab mereka iaitu Taurat, bahawa mereka
             pasti akan melakukan kerosakan di atas muka bumi
             ini sebanyak dua kali iaitu dengan mereka melakukan
             maksiat dan merasa sombong terhadap nikmat kurniaan
             Allah SWT serta merasa tinggi diri dan takbur. Jika
             berlaku salah satu daripada perkara tersebut, maka
             Allah SWT akan menjadikan musuh mereka menguasai
             dan membalas dendam terhadap mereka. Ini adalah








                                          14
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21