Page 17 - Taufan Al Aqsa
P. 17
amaran dan peringatan buat mereka agar mereka kembali
mengingatinya.
Seterusnya Allah SWT mengatakan bahawa apabila tiba
waktu kali pertama mereka melakukan kerosakan di atas
muka bumi ini dengan melakukan maksiat atau bersikap
sombong dan takbur, maka Allah SWT akan menghantar
kepada mereka para hamba-Nya yang mempunyai
kekuatan, kelengkapan dan kekuasaan yang besar, lalu
para hamba Allah tersebut akan menguasai negeri kaum
Bani Israel itu bahkan mereka memasuki segenap jalan
dalam perkampungan Bani Israel tanpa merasa sebarang
ketakutan. Ini adalah suatu janji yang sudah pasti akan
berlaku.
Menurut Syeikh al-Sya’rawi berkenaan ayat keempat ini,
Allah SWT memberikan hukuman kepada Bani Israel dan
memaklumkan kepada mereka dengan cara mewahyukan
kepada Nabi Musa A.S melalui kitab Taurat. Pemakluman
tersebut berkaitan di mana mereka melakukan kekeliruan
dalam menerima manhaj Allah yang disampaikan oleh
para rasul. Apakah mereka akan melaksanakan manhaj
Allah atau keluar daripada manhaj Allah dan melakukan
kerosakan? Sepatutnya apabila Rasul mereka sudah
memaklumkan perkara yang akan mereka lakukan dan
sesungguhnya pasti berlaku, mereka sepatutnya merasa
15