Page 13 - Taufan Al Aqsa
P. 13

Syeikh Abdul Halim Mahmud
                   Menggesa Syuhada Demi
                                   Palestin




             Pada November 1977, Presiden Anwar Sadat membuat
             kejutan dengan menziarahi Israel, berucap di Knesset
             (parlimen Israel) dan menyatakan kesediaan untuk
             menerima Israel sebagai sebuah negara yang sah dan
             berdaulat.


             Rentetan itu, tindakan beliau telah dikritik hebat oleh
             ulama. Antara yang mengkritik tindakan beliau ialah
             Syeikhul Azhar pada ketika itu, Dr Abdul Halim Mahmud
             (1973-1978). Tindakan Anwar Sadat dianggap sebagai
             pengkhianatan kepada perjuangan membebaskan Palestin
             dan kesatuan pan-Arab.

             Dalam fatwanya pula, Syeikh Abdul Halim Mahmud
             menyebut: “Menyebarkan kalimah Tauhid (Islam) merupakan
             kewajipan umum kepada seluruh umat Islam begitulah juga
             untuk mempertahankan negara umat Islam. Maka mengusir
             dan menghalau musuh daripada tanah umat Islam merupakan
             kewajipan. Mengusir Israel daripada Masjidil Aqsa dan
             daripada apa sahaja belenggu dan penjajahan dalam bumi
             umat Islam merupakan satu kewajipan. Ianya adalah satu
             perkara yang suci dan mulia bahkan wajib fardhu ‘ain keatas






                                          11
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18