Page 18 - Taufan Al Aqsa
P. 18

amat malu dengan Allah. Tidak sepatutnya mereka
             melakukan kemurkaan dengan menentang manhaj Allah
             dan keluar daripada ajaran-Nya.


             Hukuman yang Allah jatuhkan kepada Bani Israel di
             mana mereka akan melakukan kerosakan sebanyak dua
             kali di muka bumi ini. Adakah Bani Israel melakukan
             hanya dua kali kerosakan? Sedangkan mereka telah
             banyak kali melakukan kerosakan tetapi mengapakah
             Allah hanya menyatakan dua kali kerosakan? Ramai
             ulama’ membicarakan mengenai dua kali kerosakan ini
             dan bilakah ia berlaku. Mereka berpendapat ia berlaku
             sebelum datangnya Islam. Namun begitu, bagi orang
             yang memerhatikan dengan teliti surah al-Isra’ ini mereka
             mendapati ia dikaitkan dengan Islam. Oleh itu yang
             dikehendaki dengan dua kali kerosakan ialah mereka
             melakukan kerosakan selepas kedatangan Islam.

             Kronologi ayat ini bermula dengan cerita berkaitan Isra’
             (perjalanan) Nabi SAW dari Masjid al-Haram ke Masjid
             al-Aqsa dan kemudian Allah SWT menyatakan kisah Bani
             Israel. Ini menunjukkan bahawa Islam merentasi hingga ke
             tempat suci Bani Israel iaitu Bait al-Maqdis yang menjadi
             kiblat pertama umat Islam dan destinasi terakhir Isra’
             Nabi SAW. Hal ini kerana, Bait al-Maqdis termasuk dalam
             kawasan Islam di mana Islam datang untuk menjaga semua
             agama samawi yang terdahulu dan Islam adalah untuk





                                          16
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23