Page 20 - Taufan Al Aqsa
P. 20
Sebahagian ulama’ menyatakan kerosakan pertama ialah
apa yang berlaku dalam kisah Talut dan Jalut sebagaimana
firman Allah SWT:
ﱍ ﱌ ﱋﱊﱉﱈﱇﱆﱅﱄﱃ ﱂﱁ ﭐ
ﱚﱙﱘﱗﱖﱕﱔﱓﱒﱑﱐﱏﱎ
ﱠﱟ ﱞ ﱝﱜﱛ
Maksudnya: Tidakkah kamu tahu wahai Muhammad perihal
ketua-ketua Bani lsrael selepas kewafatan Nabi Musa, ketika
mereka berkata kepada Nabi mereka, “Lantiklah seorang raja
untuk kami, supaya kami boleh berperang bersama dengannya
pada jalan Allah.” Nabi mereka menjawab, “Adakah terdapat
kemungkinan jika diwajibkan ke atas kamu untuk berperang,
kamu enggan untuk berperang?”
(Surah al- Baqarah: 246)
Pada mulanya mereka meminta untuk berperang,
meredhai permintaan tersebut namun apabila peperangan
berlaku mereka ingkar dan tidak pergi berperang.
Menurut Syeikh Sya’rawi kerosakan pertama berlaku
selepas Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah dan
melakukan perjanjian dengan tiga kumpulan Yahudi iaitu
Bani Quraizah, Bani al-Nadhir dan Bani Qainuqa’ tetapi
mereka telah mencabul perjanjian tersebut dan melanggar
18