Page 48 - Taufan Al Aqsa
P. 48
Ð Kenyataan Tegas Majlis Hukama Muslimin
Mengutuk Sekeras-Kerasnya Pengeboman Hospital
Al-Ahli di Gaza Oleh Israel
• Majlis Hukama Muslimin di bawah teraju
Fadhilatul Imam al-Akbar Syeikh Dr. Ahmad al-
Tayib mengutuk sekeras-kerasnya pengeboman
tentera Israel ke atas Hospital Arab Al-Ahli di Gaza,
yang mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa
dan menyebabkan ramai yang cedera, termasuk
berpuluh-puluh wanita dan kanak-kanak.
• Kami dengan segera menyeru masyarakat
antarabangsa untuk campur tangan dan
menamatkan kekejaman berterusan yang dilakukan
terhadap orang awam yang tidak bersalah di
Semenanjung Gaza. Tindakan sedemikian secara
terang-terangan melanggar semua undang-
undang antarabangsa, konvensyen, dan prinsip
kemanusiaan. Majlis dengan tegas menyatakan
bahawa sejarah tidak akan melupakan perbuatan
jenayah yang dilakukan terhadap orang awam yang
tidak berdaya.
• Kami menggesa organisasi antarabangsa, serantau,
dan dunia Arab untuk mengambil langkah segera dan
komprehensif untuk menghentikan pencerobohan
kejam ini. Ia adalah tindakan pembersihan etnik
dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan
oleh Israel terhadap rakyat Palestin.
46