Page 51 - Taufan Al Aqsa
P. 51
Kami merasa syukur kerana kenyataan yang dibuat
oleh pemimpin negara Arab seperti Arab Saudi, Jordan,
Kuwait, Qatar, Iran dan juga Turkiye untuk mengkritik
dan menunjukkan bantahan secara zahir kepada
pemimpin rejim zionis yang biadap, melampau tanpa
perikemanusiaan.
Harga yang Terpaksa Dibayar
Palestin bukan hanya bertembung dengan Israel
dalam peperangan, tetapi juga kuasa besar dunia yang
memberi sokongan dan dokongan termasuk harta benda,
persenjataan dan kewangan tanpa had. Inilah Palestin
yang mereka terpaksa bermandi darah dan berendam air
mata.
Taufan al-Aqsa telah melahirkan ramai syuhada’. Mereka
adalah golongan yang hidup di alam barzakh. Sejak
tercetusnya peperangan, maka jumlah yang terkorban
dan tercedera serta kemusnahan adalah seperti berikut
(setakat 30 Oktober 2023):
• Mereka yang terkorban: lebih 8,005 orang, di mana
3,257 kanak-kanak, dan lebih 1,000 kanak-kanak
yang masih dilaporkan hilang atau tertimbun di
bawah runtuhan bangunan, lebih 2,000 wanita dan
semuanya orang awam. (dikemaskini: 30/10/12)
• Mereka yang tercedera: lebih 15,000 orang di mana
49